SYARAT & TERMA
SENARAI HARGA & SYARAT-SYARAT SEWA (Updated 25/8/2022
Dijamin termurah, servis terbaik & boleh bagi tunjuk ajar.
SYARAT-SYARAT SEWA:
1) Untuk warga negara sahaja, foreigner perlu bayar deposit sama harga nilai pasaran barang sewa.
2) Jika kamera ada kecacatan atau hilang, penyewa dikehendaki bayar gantirugi.
3) Jika ada penipuan (melarikan kamera) kami akan membuat laporan polis akan diviralkan identiti (IC) serta gambar anda (wanted) di laman Facebook termasuk rakaman CCTV dalam kedai berserta suara.
4) Jika sambung sewa, mesti jelaskan bayaran maksimum 3hari ataupun pulangkan barang sewa dalam masa 3hari, jika tidak.. tindakkan seterusnya akan diambil termasuk laporan polis.
FOR FOREIGNERS:
This rental service for Malaysian only. If you want to rent, you have to pay deposit actual amount of market value for each item. For example, camera Canon 60D + standard kitlens rental 1 day RM80, you have to pay deposit RM1500 when you collect the camera at our shop. After you return back the camera in good condition…RM1420 will refund back to you.
CARA NAK SEWA:
1) Lihat senarai harga di bawah ini dan buat pilihan ikut model.
2) Kemudian terus PM atau whatsapp beritahu model & tarikh nak sewa. Jika luar waktu atau public holiday, urusan booking akan dibuat pada hari berikutnya.
3) Whatsapp/PM IC (boleh dipalang) serta bill elektrik/air dengan jelas di bahagian alamat.
4) Ambil barang pada tarikh yg ditentukan berserta bayaran sewa shj, tiada deposit & tiada COD, datang ambil sendiri di kedai kami & jangan lupa bawa dokumen.
5) Anda check & test sendiri sebelum bawa balik barang sewa.
SEWA CARA POS (Semenanjung sahaja):
1) Dokumen IC & bill elektrik atau air.
2) Alamat pada IC & alamat pada bill MESTI sama.
3) Sewa cara pos mesti sekurang-kurangnya 3hari.
4) Penyewa tanggung Poslaju (contoh 1 set kamera bayaran pos RM30)
5) Deposit (cagaran) RM100. (akan dikembalikan lepas sewa)
6) Mesti bank-in penuh 3hari sebelum tarikh kami nak pos.
7) Barang akan dipos sehari awal dari tarikh sewa, kalau nak pos awal lagi penyewa perlu tambah sewa ikut hari. Berapa hari sampai adalah urusan pihak Poslaju. Biasanya dalam 1-3hari ikut tempat.
8)Jumlah perlu bank-in, contoh Canon 1100D sewa 3hari RM120 + cagaran RM100 + poslaju (kotak prabayar saiz L) RM30 = RM250. Jika barang sampai lewat atau pun sampai selepas tarikh nak guna, bayaran sewa tetap dikenakan kecuali kalau dapat tunjuk bukti tarikh penerimaan contohnya dari system tracking online atau pengesahan ada masalah dari Pos Malaysia.
9) Untuk pemulangan, penyewa boleh pos sendiri dengan menggunakan mana2 perkhidmatan kurier.
10) Setelah barang sampai, kami akan periksa & test. Jika semua dalam keadana baik, cagaran RM100 akan dibank-in hari itu juga.
KOD ITEM KADAR BAYARAN SEWA:
HARGA = (RM hari pertama/RM hari ke-2/RM hari ke-3)
Tempoh sewa 1 hari(24jam): Contoh ambil Sabtu petang, pulangkan Ahad petang.
Untuk sewa cara pos, alamat pos MESTI sama dengan alamat pada IC shj. diterima serta bill elektrik/air yang alamatnya juga sama dgn alamat utk pos. Cara pos mesti sewa sekurangnya 3 hari. Bayaran pos ditanggung oleh penyewa mengikut berat/saiz/jenis kurier. Hari pengeposan sehari awal tidak dicaj, caj hari sewa shj.
Bayaran cash atau instant bank transfer masa datang ambik barang:
Maybank 114196420179 atau CIMB 7009788494 (Mohd Zamri Bin Zainal Abidin)
Datang bawa dokumen, test barang sewa, bayar tunai/bank-in & bawa pulang. Resit diberi PDF.
Untuk dapatkan sebutharga, sila beri:
1. Senarai lengkap barang sewa
2. Nama person in-charge
3. Tel/email person in-charge
4. Nama company atau jabatan
5. Tarikh nak ambik & tarikh nak pulangkan
-Bayaran sebutharga sebanyak RM50 hendaklah dibuat dahulu kepada akaun Maybank 114196420179 (Mohd Zamri B Zainal Abidin) dan sebutharga harga akan dihantar dalam masa 24jam melalui whatsapp atau email dalam bentuk PDF.
-Harga sewa barang akan ditolak semula RM50 dari bayaran sebutharga.
Jika tak jadi sewa selepas sebutharga dihantar, bayaran RM50 tu hangus. Kenapa hangus? Banyak yang suka-suka mintak buat sebutharga tapi tak sewa pun…
Tiada istilah JOB CANCEL & MINTA PULANGKAN SEMULA BAYARAN. Contohnya anda dah ambil barang waktu pagi & petang hari yang sama bagitahu job cancel & mintak semula duit sewa. Jika ikut SOP sewa apa-apa pun, atau di mana-mana pun, alasan JOB CANCEL memang tak diterima. Walaubagaimana pun kami beri sikit kelonggaran hanya dalam tempoh 1jam sahaja untuk terima JOB CANCEL & pulangkan semula duit jika ada tunjuk bukti.